Malaysia Dateline

Mat Sabu akui rindu turun ke jalanan

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui rindu untuk turun ke jalanan sebagaimana pernah dilakukan beliau ketika menjadi pembangkang suatu ketika dahulu.

Akui Mohamad, semasa menonton perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung pada Sabtu lepas, kakinya seolah-olah ‘terketar-ketar’ untuk ikut sama melangkah dan menyertainya.

“Kelmarin berlaku peristiwa di Kuala Lumpur saya terketar-ketar kaki nak pergi.Saya lupa sekarang kadang kalanya kita lupa Tun, rupanya kami ini dah jadi menteri, dah jadi kerajaan. Rindu juga hendak turun ke jalanan, lebih-lebih ketika perhimpunan baru-baru ini. Tetapi saya dah lupa rupanya saya dah jadi menteri,” kata beliau dengan nada gurauan ketika berucap di Majlis Makan Amal Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC malam tadi lapor AstroAwani.

Pada majlis yang sama gambar beliau berjaya dilelong pada harga RM10,000.00.