Malaysia Dateline

Mat Sabu gesa The Malaysian Insight betulkan laporan, mengelirukan

Presiden AMANAH Mohamad Sabu menggesa portal The Malaysian Insight membuat pembetulan segera terhadap laporan “Azmin’s meeting with Umno MP’s inappropriate, says Mat Sabu” dan “Azmin tak patut merayu pada musuh, kata Mat Sabu”.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyifatkan laporan itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Malah Mohamad menegaskan beliau tidak tidak merujuk kepada mana-mana individu dalam ucapannya ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Negeri Pulau Pinang pagi ini, sebaliknya hanya dibuat secara umum.

“Kami memohon agar pihak The Malaysian Insight membuat pembetulan segera kepada laporan tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya.