Malaysia Dateline

Mat Sabu harap perayaan Deepavali bawa kebahagiaan lebih baik tahun depan

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berharap agar perayaan Deepavali kali ini akan membawa kebahagiaan lebih baik kepada semua rakyat Malaysia pada tahun hadapan.

Beliau berharap, komuniti Hindu dan rakyat Malaysia dapat menyambut Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama rakan-rakan dari kaum India dan mereka yang menyambut perayaan Deepavali.

“Negara kita mempunyai keunikan kerana mempunyai pelbagai perayaan, adat resam dan budaya. Kita menyambutnya dengan penuh muhibbah, tali persaudaraan, persahabatan.

“Semoga kita dapat kembali pada kehidupan biasa dan Deepavali pada tahun hadapan lebih meriah apabila kita dapat nyahkan Covid-19 dari Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.