Apa kaitan latihan ketenteraan dengan derma RM2.6b  kerabat Saudi?

Apa kaitan latihan ketenteraan dengan derma RM2.6b kerabat Saudi?

Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini mempersoalkan sama ada derma RM2.6 bilion yang dimasukkan terus ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ada kaitan dengan latihan ketenteraan yang diketuai Arab Saudi sebagaimana dilaporkan media Februari lalu.

“Apakah pengakuan Menteri Luar Arab Saudi bahawa beliau maklum berhubung derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dan diakui sendiri olehnya
menyebabkan Perdana Menteri tidak lagi tertakluk kepada PBB dalam membuat keputusan dan menjadi pak turut?, soal beliau merujuk latihan bersama 20
negara Islam yang diketuai Arab Saudi yang diberi nama ‘Thunder of the North’, latihan yang disifatkan ‘yang paling penting dan terbesar dalam sejarah serantau.

Lebih pelik katanya, adakah latihan ketenteraan ini direstui oleh PBB atau OIC? Jika tidak, di bawah siapa mereka menjalankan misi ketenteraan ini? Apakah
Malaysia yang selama ini terkenal dengan sikap berkecuali dan menjadi pendamai, sudah berubah dasarnya? Latihan ketenteraan diketuai Arab Saudi untuk
berperang dengan siapa?

Berdasarkan rekod katanya, Malaya sejak zaman penjajahan British telah menghantar tentera di bawah PBB ke Congo dan kemudian ke Bosnia selepas Merdeka. Apabila berlaku perperangan antara Iran dan Iraq, Malaysia juga menghantar tentera untuk menjaga perbatasan antara Kuwait dan Iraq. Selain itu Malaysia juga telah terlibat menjaga sempadan Lubnan dan Israel.

Parti Amanah katanya, mengingatkan Perdana Menteri agar tidak menggadaikan pasukan keselamatan negara untuk tujuan dan kepentingan pihak tertentu
apatah lagi pihak luar kerana ianya bakal membuka gelanggang pertarungan yang tidak baik dan tidak patut kepada Malaysia.

“Kesilapan di bawah Najib ini tidak wajar berlaku. Najib mesti segera meletak jawatan demi memulihkan imej negara agar kembali dilihat berkecuali dan menjadi
pendamai,” katanya.

TAGS