Malaysia Dateline

Mat Sabu rakam ucapan takziah kepada keluarga Shazni Munir

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu merakamkan rasa teramat sedih dan dukacita atas pemergian Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan.

Beliau juga merakamkan ucapan takziah ke atas ahli keluarga Allahyarham di atas kehilangan itu dan mendoakan semoga mereka tabah dan kuat dalam ujian yang dihadapi.

“Bersama-sama kita mendoakan keampunan dan rahmat ke atas roh beliau dan semoga Allah menempatkan beliau bersama para salihin.

“Bagi pihak AMANAH, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan usaha Allayarham sepanjang bersama-sama dengan parti ini.

“Semoga Allah menerima segala usaha dan sumbangan Allahyarham sebagai bekalan amal baik untuknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kota Raja itu turut mendoakan agar isteri dan ahli keluarga Allahyarham yang turut dijangkiti Covid-19 dikurniakan dengan kesembuhan segera.

Shazni dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari tadi.