Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mat Sabu sentiasa menjunjung prinsip kerahsiaan mesyuarat, kata SU Politik

Mat Sabu sentiasa menjunjung prinsip kerahsiaan mesyuarat, kata SU Politik

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 22, 2020 1:12 pm




Beberapa penulisan muncul di media dan media sosial kononnya menggambarkan suasana tegang Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berakhir dengan sidang media lewat malam tadi.

“Suka kami pertegaskan, semua tulisan yang turut mengaitkan nama Mohamad Sabu tersebut hanya bersifat spekulasi dan bukan berasal dari pihak YB Mohamad Sabu,” demikian menurut Setiausaha Politik Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Mohd Azhar Mat Dali.

Menurut beliau, Mohamad Sabu sentiasa menjunjung tinggi prinsip kerahsiaan mesyuarat dan tidak menyebarkan sebarang butir-butir perbincangan berkaitan mesyuarat malam tadi kepada khalayak mahupun media.

“Sehubungan itu, sekali lagi ingin ditegaskan bahawa pihak Mohamad Sabu adalah tiada kaitan sama sekali dengan cerita-cerita dan spekulasi yang disebarkan tersebut,” tegas beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Hari ini muncul tulisan mengaitkan Presiden AMANAH Mohamad Sabu di dalam mesyuarat malam tadi tidak gentar dengan amaran dari pemimpin Bersatu yang berkata mereka akan keluar PH sekiranya komponen PH terus menekan Tun Mahathir melakukan peralihan kuasa.

Menurut tulisan tersebut Mat Sabu dikatakan tidak mempunyai masalah dengan amaran Bersatu kerana berpuluh tahun mereka menjadi pembangkang.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production