Mat Sabu seru pengundi bantu Anwar capai majoriti besar di Port Dickson

Mat Sabu seru pengundi bantu Anwar capai majoriti besar di Port Dickson

 

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyeru pengundi di Port Dickson untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menang majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson nanti.

Mohamad Sabu menegaskan ianya adalah satu titik permulaan yang bagus bagi Anwar untuk menang dengan majoriti besar.

“Saya ingin jelaskan disini, Datuk Seri Anwar bakal menjadi Perdana Menteri (PM) nanti, jadi saya mahu kita bagi kemenangan majoriti yang besar buat bakal PM kita,” katanya ketika berucap di Kamponng Baru Sri Rusa, Dun Bagan Pinang malam tadi.

Beliau menggesa semua orang bersatu dan berganding bahu untuk merealisasikan keputusan itu dapat dicapai.

“Saya mahu kesemua parti dalam PH serta semua Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat pada kempen PRK kali ini untuk berganding bahu dan pastikan kemenangan yang mutlak pada 13 Oktober nanti,”ujarnya.

Mohamad serius mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim  dalam ceramah pengundi Dun Bagan Pinang  semalam.

Jelasnya lagi, dengan kecerdikan dan pengalaman Datuk Seri Anwar mampu menolong dan menambah baik isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan kini.

PRK Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober depan, menyaksikan Anwar akan dicabar calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan dan Kan Chee Yuen.

9.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 9.0