Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mat Sabu tidak mungkir janji bagi pingat JAKPAW kepada Menteri Besar, Ketua Menteri

Mat Sabu tidak mungkir janji bagi pingat JAKPAW kepada Menteri Besar, Ketua Menteri

SITI NUR ZAWANI MISCONJanuary 7, 2020 4:52 pm




Kementerian Pertahanan hari ini mengulangi penegasannya berhubung dakwaan bahawa pemakaian pangkat Menteri Besar dan Ketua Menteri telah diberikan kepada ahli-ahli politik.

Kementerian tersebut dalam kenyataannya berkata, pangkat yang diberikan kepada Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) adalah atas kedudukan jawatan yang disandang.

Sekaligus katanya, melayakkan mereka diberi pangkat kehormat dan bukannya dilantik atas kapasiti berlatarbelakangkan parti politik.

“Penaung di setiap negeri dilantik oleh Menteri Pertahanan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan diperuntukkan pangkat Brigediar Jeneral (Kehormat).

“Pelantikan Pengerusi JAKPAW dibuat oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, atau Menteri Wilayah Persekutuan dengan diperuntukkan pangkat Kol (Kehormat).

“Kesemua perjawatan tauliah kehormat ini juga perlu mendapat kelulusan MAT dan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, perjawatan tauliah kehormat itu boleh ditamatkan sekiranya penyandangnya melakukan kelakuan yang boleh mencemarkan nama baik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau tidak lagi menyandang jawatan mereka.

Justeru itu katanya, adalah tidak tepat dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memungkiri janjinya dengan memberikan pangkat kehormat kepada ahli politik.

Ini kerana jelasnya, pangkat kehormat itu tidak hanya diberikan kepada blok kerajaan, bahkan turut diberikan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dari parti pembangkang.

Pada 23 Julai lalu Mohamad menyempurnakan pemakaian pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Susulan itu  bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd  Najib Razak menyindir Menteri Pertahanan kerana dikatakan gagal menunaikan janji untuk menghentikan amalan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebriti.

Namun perkara itu menjadi tular semula di media sosial  dalam suasana  kempen PRK Kimanis yang sedang berlansung walaupun Kementerian Pertahanan telah menjawab isu tersebut.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production