Malaysia Dateline

Mat Saleh buat perbandingan kos sara hidup – Ramai rakyat Malaysia masih ‘lalai’ kadar inflasi makanan terus melambung

Seorang pempengaruh berasal dari United Kingdom (UK) membuat perbandingan kos sara hidup antara negaranya dengan Malaysia.

Dua aspek yang dibandingkannya menunjukkan kos di UK lebih tinggi daripada negara ini iaitu sewa rumah dan internet kediaman.

Menurutnya menerusi Instagram matsallehtv, kos bagi sewa rumah di UK ialah RM3,433 manakala Malaysia hanya RM878.

Sementara itu, internet rumah di UK, dakwanya, mencecah RM174 berbanding hanya RM127 di Malaysia.

Namun, biaya makanan di Malaysia nampaknya lebih tinggi daripada UK seperti susu per liter di negara ini adalah sebanyak RM6.74 sedangkan hanya RM5.13 di UK.

Realiti kos makanan di Malaysia lebih tinggi seperti didedahkan matsallehtv itu sebenarnya dapat dilihat pada kadar inflasi makanan.

Berbanding Julai dengan 6.9 peratus, kadar inflasi makanan di negara ini pada Ogos melambung 7.2 peratus.

Angka tersebut adalah tertinggi dalam rekod.

Berikut kadar inflasi makanan pada Ogos dengan peningkatan semua jenis makanan:

Makanan di rumah: 6.4%
Makanan luar rumah: 8.4%
Daging: 9.9%
Susu, Keju, Telur: 9.4%
Sayur-sayuran: 8.9%
Beras, Roti, Bijiran lain: 6.2%
Minyak, Lemak: 4.0%
Ikan, Makanan laut: 3.7%
Buah-buahan: 4.1%
Gula, Jem, Madu, Coklat, Manisan: 3.3%

Baca juga Malaysia sedang alami krisis ekonomi serius, ini fakta Jabatan Perangkaan yang anda wajib tahu

Baca juga Mahu ‘kekal muda’, ini enam tips daripada suri hati tokoh pemimpin yang boleh dicontohi