Mat Taib sokong Husam, negara perlukan muafakat baru

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib setuju dengan pandangan Datuk Husam Musa mengenai New Politics atau Politik Baru di Malaysia bahawa rakyat negara ini perlukan muafakat baru.

Mat Taib sokong Husam, negara perlukan muafakat baru

 

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib setuju dengan pandangan Datuk Husam Musa mengenai New Politics atau Politik Baru di Malaysia bahawa rakyat negara ini perlukan muafakat baru.

Bagi bekas naib presiden Umno itu berpendapatan, dengan memilih parti lama tidak banyak yang boleh diubah walaupun hasrat untuk berubah ada.

“Saya melihat untuk Malaysia menjadi lebih dinamik dan maju di masa hadapan rakyat hendaklah berani berubah untuk memilih parti baru untuk mentadbir negara dengan mendepankan tokoh-tokoh muda untuk menerajui negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam, bekas naib presiden Pas yang popular tetapi dipecat oleh parti itu dalam ucapannya di Kota Bharu semalam berkata, rakyat Malaysia pada masa akan datang ada dua pilihan dalam memilih parti mana yang akan mentadbir negara ini.

Satu kekal dengan Barisan Nasional atau kedua memilih gabungan parti-parti baru seperti Pakatan Harapan.

Memilih BN bererti memilih parti yang sedia ada yang sudah lama memerintah, katanya.

Ada pihak suka memilih parti yang lama yang sudah dikenali sejak dari dahulu.

Ada pihak terutama golongan muda mahu berubah dan lebih berminat kepada pimpinan baru dengan aspirasi baru.

Bagi Muahamad, dengan memilih parti lama tidak banyak yang boleh diubah walaupun hasrat untuk berubah ada.

“Orang lama biasanya sudah selesa dengan cara sedia ada. Sukar untuk berubah atau sukar untuk perbaharui corak pemerintahan.

“Pimpinan Parti baru lebih mudah untuk berubah. Lebih senang untuk memulakan cara baru yang lebih baik,” katanya lagi.

Katanya, mereka akan lebih mahu untuk berubah walaupun bukan semua akan berjaya mengubah diri mereka sendiri.