Mata tu jangan pandang kepada pramugari, kata Anthony

Pakaian pramugari dan pramugara syarikat penerbangan di negara ini perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan pihak yang bertanggungjawab tentang hal ehwal penerbangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata soal imej dan pakaian itu juga tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, syarikat penerbangan juga perlu mematuhi standard keselamatan termasuk dalam situasi kecemasan.

Menjawab celahan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang), Loke berkata kementerian tidak mempunyai perancangan mengubah peraturan sedia ada mengenai pakaian pramugari.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) turut mencelah membandingkan pakaian syarikat penerbangan tertentu di negara ini yang menurutnya terlalu mencolok mata berbanding negara lain.

“Perkara ini subjektif…. kalau rasa menjolok mata, mata tu jangan pandang kepada pramugari tersebut,” kata menteri itu.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS