Kedai tukaran matawang asing di Singapura dilaporkan kehabisan wang Ringgit Malaysia berikutan diserbu oleh pelanggan.
Seperti yang kita ketahui, nilai Ringgit Malaysia sedang mengalami penyusutan dan diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Oleh yang demikian, situasi ini telah mencipta peluang keemasan buat rakyat negara jiran iaitu Singapura untuk menukar wang ringgit.
Difahamkan, mata wang ini ditukar oleh rakyat Singapura yang gemar berkunjung ke negara kita untuk bercuti atau membeli belah.
Menurut kedai pengurup wang di Jalan Collyer Quay, Singapura iaitu City Money Changer, mereka menawarkan kadar yang sedikit tinggi dari harga pasaran.
Namun begitu, kedai itu masih mampu menarik ramai pelanggan untuk menukar wang dan menjelang jam lima petang, mereka telah kehabisan Ringgit.
Perkara itu turut diakui oleh kedai pengurup wang lain iaitu The Arcade di mana ia menyaksikan peningkatan pengunjung, lapor Lianhe Zaobao.
Meningkat 10 peratus sejak awal minggu lalu, pelanggan yang ingin menukar wang juga bertambah sebanyak 20 peratus pada Khamis saat Ringgit kembali lemah.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, trend mata wang tempatan yang semakin melemah dijangka berterusan.
Hal ini berpunca dari permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan had siling hutang negara itu belum diluluskan.
Oleh sebab itu, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengukuhkan kembali nilai ringgit yang kini melemah.
Baca juga: Guna telur pun bulu boleh tanggal! Ini petua orang lama khusus buat gadis bermisai