Matikan kebebasan media, hak bersuara rakyat, kata DAP

Matikan kebebasan media, hak bersuara rakyat, kata DAP

DAP menyifatkan keputusan kabinet meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018, semalam, akan mematikan kebebasan media dan hak bersuara rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, takrifan ‘berita tidak benar’ ini akan mewujudkan pendakwaan terpilih oleh pihak pendakwaraya dan peguam negara terhadap sesuatu kes di mahkamah.

Beliau mengambil contoh dalam kes membabitkan fitnah yang dilemparkan kepada anaknya yang didakwa mencabul kehormatan rakan sekelasnya pada 2010.

“Saya telah diminta polis untuk membuat laporan pada 2012. supaya pendakwaraya boleh mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab atas dakwaan terhadap anak lelaki saya.

“Tetapi hingga hari ini tidak ada sebarang pendakwaan dibuat kepada pihak yang melemparkan fitnah. Ini bukti pendakwaan terpilih,” ujarnya dalam sidang media diadakan di bangunan Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bagan ini juga berkata, RUU ini juga akan menyekat kebebasan media, dakwanya berita yang benar didedahkan akan dijadikan sebagai ‘berita tidak benar’ di bawah akta ini kelak.

“Jika undang-undang sedia ada tidak ada pendakwaan dibuat saya tidak yakin kerajaan akan tunai janji jika pendakwaan itu kelak
dijalankan.

“Mana kita boleh percaya janji kosong BN… tidak boleh percaya langsung.

“Kita (pembangkang) berani cakap dan suarakan tetapi adakah anda (wartawan) berani siarkan? Kebebasan akhbar akan menjadi sejarah, kebebasan suara akan mati.

“Jangan harap mereka akan laksanakan, ini semua omong-omongan kosong,” ujarnya.

Semalam Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan dengan pindaan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian belah bahagi yang menyaksikan 123 ahli Parlimen menyokong RUU itu berbanding 64 yang menolak.

Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

RUU itu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada 26 Mac, dibahaskan selama
dua hari iaitu pada 29 Mac lalu dan semalam.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, beliau juga berasa terkejut apabila Pas membuat pendirian menyokong RUU Antiberita Tidak Benar 2018 itu.

“Saya sangat terkejut apabila Pas sokong RUU ini.

“RUU ini lebih kepada untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pembangkang dan pihak media.

“Pas sekarang cakap macam BN. Sedangkan Pas belum lagi jadi parti pemerintah, mengapa cakap macam parti pemerintah?,”soalnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote