Malaysia Dateline

Matinya realiti mandat rakyat?

Dalam lembarannya bertajuk Politeia – atau lebih dikenali dengan Republik – ahli falsafah Plato mengisahkan mengenai permasalahan sebahagian beasr manusia. Plato mengumpamakan bahawa manusia itu seperti orang yang terikat tangan dan lehernya di dalam gua dan tidak boleh pergi ke mana-mana selain mengadap dinding gua sahaja.

Apakah realiti politik kita hanya sekadar terikat tangan dan kaki serta hanya menghadap gua seperti yang diumpamakan Plato itu. Tidak lama selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada sebelah petangnya setelah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan Ku Li pula mengadap Tuanku.

Realiti dan penyaksian akan realiti mandat rakyat diperwajahkan oleh dua realiti yang akan membawa rakyat kepada gua realiti seperti yang dialegorikan Plato

Realiti pertama Anwar mempersembahkan dokumen sahih berhubung sokongan kukuh dan meyakinkan Ahli Parlimen terhadapnya dan realiti kedua penuh misteri tiada pendedahan mengenai agenda pertemuan tersebut.

Apabila saya menyebut realiti di sini ia bemaksud segala naratif (penceritaan), wacana (kesatuan buah fikiran dan idea), visual dan teksnyaiaitu bahasa yang dipaparkan terutamannya di pentas maya untuk dirumus supaya menjadi kebenaran yang diterima dan disepakati umum. Oleh itu realitinya mungkin palsu dan benar yang akan dikembangkan sebagai suatu hakikat yang hakiki. Sehingga kini kedua pihak mengemukakan realiti masing-masing supaya diterima rakyat. Apa yang berlaku ialah pertarungan realiti.

Apa yang dimaksudkan dengan mengadap dinding gua oleh Plato seolah-olah rakyat akan sentiasa terperangkap dalam gua, seolah-olah itulah sahaja realiti mereka.

Berbalik kepada realiti kedua yang bersembunyi di sebalik pelitup tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan isu melibatkan jawatan perdana menteri.

Misteri pertemuan direaliti melalui sepucuk surat oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menggesa speaker Dewan Rakyat membenarkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibahaskan, telah didedahkan.
Pendedahan itu sehari selepas anggota Parlimen Gua Musang itu dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kedua-dua realiti tersebut seolah-olah menyatu, yang pertama: dokumen dan penyataan sokongan lebih 120 ahli parlimen menyokong Anwar bagi membentuk kerajaan baharu dan realiti kedua usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk dibahaskan.

Realiti hakikinya ialah rakyat mahukan sebuah kerajaan stabil yang dapat menangani dua isu besar iaitu ancaman virus Covid-19 yang semakin bermaharalela dan situasi ekonomi yang meruncing tentu kecewa sekiranya dua realiti itu tidak menyatu dengan niat dan kepentingan berbeza.

Untuk maklumat beberapa orang ahli parlimen telah mengemukakan permohonan (notis persendirian) kepada Yang diPertua Dewan Rakyat agar membawa usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin. Antara yang mengemukkaan usul berkenaan adalah Ahli Parlimen Langkawi dan Ahli Parlimen yang bersama dengannya.

Seperti yang pernah diusulkan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Gua Musang (Razaleigh Hamzah) dan beberapa orang wakil lagi membawa usul sama. Sebanyak 35 usul dikemukakan oleh 25 orang ahli Parlimen. Difahamkan usul notis itu berupakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Jumlah MP yang membawa usul sama itu menunjukkan usul berkenaan sangat kritikal.

Realiti kedualah yang membahang senario dengan kemunculam Ku Li? Sehari selepas pertemuan Ku Li dengan Agong, gambarnya bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir dan isteri Siti Hasmah mula tersebar di dalam talian dengan pelitup muka yang telah dilipatnya di bawah dagunya, sementara Khairuddin Abu Hassan, isterinya pelakon Umie Aida.Umie dan Siti Hasmah masing-masing dilihat memegang pelitup muka di tangan mereka.menimbul tanda tanya. (malaysiakini, 15 Oktober 2020) Ini terus mengaitkan pertalian Ku Li dengan Dr Mahathir.

Realiti kedua ini telah mencabar realiti pertama yang mungkin mematikan realiti mandat rakyat. Atau Ku Li ingin menggantikan realti pertama ini sebagai realitinya? Adakah hasrat Ku Li hendak menjadi PM muncul pula sekarang? Siapakah yang memberikan idea pada ketika ini apabila Anwar membuat dakwaan yang beliau mempunyai cukup majoriti dan membuat kenyataan yang Kerajaan Muhyiddin tumbang (Utusan Malaysia, (23 September).

Apa yang diingati mengenai Ku Li ialah beliau pernah mencabar Dr Mahathir dan kalah tipis (43 undi) dalam pertembungan bagi merebut jawatan tertinggi Umno pada 1987 dan sejak itu beliau seolah-olah menjarakkan diri dari UMNO. Selepas kekalahan itu, Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Datuk Rais Yatim. Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dan DAP dalam Pilihan Raya Umum tetapi gagal, Selepas Semangat 46 dibubarkan 1996, Tengku Razaleigh dan Dato Rais Yatim menyertai UMNO semula.

Memetik Suara Merdeka (18 oktober) difahamkan, Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu sedang mendapatkan sokongan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li untuk memastikan Presiden PKR itu tidak memperoleh ‘angka atau nombor’ yang diuar-uarkannya.

Tulisan kolumnis Jocelyn Tan (16 Oktober 2020) dalam The Straits Times seolah-olah dengan terang lagi bersuluh memaparkan bahawa wujudnya gabungan kuasa antara Ku Li dan Dr Mahathir untuk menyekat Anwar daripada menduduki kerusi PM.

Joceline Tan menemubual Azmi Anshar, seorang perunding media dan orang dalam kepada perkembangan politik tanah air, beliau berpandangan “Kita sedang melihat penyatuan dua bekas musuh untuk menewaskan Anwar.

Menurut Azmi usul itu dilakukan dengan tujuan tertentu. Pada satu tahap, ia ditujukan kepada Muhyiddin. Pada tahap yang lain ia bertujuan menyangkal dakwaan bahawa pertemuan beliau dengan Ku Li bukanlah untuk menyokong Anwar.

“Ku Li tidak bersama Anwar. Beliau memberitahu Anwar dan Muhyiddin bahawa jalan keluar kepada kebuntuan ini ialah meletakkan sokongan bilangan ahli parlimen untuk diuji di Dewan Rakyat.

Pada yang sama Ku Li tidak dilihat menzahirkan realiti ini sejak kerajaan tebuk atap kecuali sekarang dilihatkan mahu membuktikan bahawa Muhyiddin sudah tiada majoriti untuk memegang jawatan PM.

Kekalutan realiti yang dicetuskan Ku Li akan meresahkan rakyat kerana matlamatnya bercampur-campur. Realiti kedua masih berada dalam gua feudalisme. Sama ada Ku Li bergabung dengan Dr Mahathir atau tidakkah realiti kedua ini akan menggugat realiti mandat rakyat?

Mungkin ini adalah juga strategi Dr Mahathir menzahirkan keberanian ahli parlimen di Dewan Rakyat. Jika perkara ini berlaku khususnya pada hari pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen 6 November, berani ahli-ahli Parlimen terutamanya dari Umno mempertaruhkan masa depan mereka demi rakyat dan negara? Jika Belanjawan 2020 tidak mendapat sokongan secukupnya, maka kakitangan kerajaan tidak akan mendapat gaji dan kementerian tiada perutukan untuk bergerakan dan dana untuk pembangunan.

Situasi ini akan memaparkan realiti kacau bilau, huru hara, adakah dengan startegi ini akan memboleh Muhyiddin meletakkan dan PM akan dilantik berasaskan sokongan ahli parlimen kepada pencalonan PM. Maka di sini realiti manakah yang akan muncul?

Dapatkan kita keluar daripada mengadap dinding gua? Kita masih tidak dipaparkan realiti mandat rakyat, di Sabah yang realitinya ialah realiti pembawa penyakit kepada rakyat bahkan tidak menyenangkan rakyat. Mungkin tidak semua tetapi sang politikus yang pulang dari Sabah adalah penyebar virus Covid-19 ke Semenanjung hanya kerana mereka ingat realiti mereka adalah unggul kebal penyakit. Nampaknya masa depan rakyat bergantung kepada realiti yang dimain dan dicaturkan oleh sang politikus-sang politikus yang tidak ingatkan realiti mandat rakyat muncul.

Adakah akhirnya adakah ia akan mengheret kepada matinya realiti mandat rakyat?

 

Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Komputeran, Universiti Selangor (Unisel)