Malaysia Dateline

Maut akibat COVID-19 bertambah, 18 orang hari ini

Seramai 18 orang maut akibat positif COVID-19 iaitu jumlah yang tertinggi yang dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setakat hari ini menjadikan kumulatif kes kematian seramai 660 orang.

Sebelum ini jumlah kematian harian yang tertinggi dicatat adalah seramai 16 orang.

Daripada 18 yang maut 17 orang membabitkan warganera dan seorang bukan warganegara.

Bagaimanapun jumlah pesakit di ICU pula seramai 251 di mana 102 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak, 3,631 kes baharu yang dilaporkan KKM menjadikan jumlah kumulatif kes seluruh negara sebanyak 176,180 kes.

Daripada kes baharu kes tempatan adalah sebanyak 3,625 manakala kes import hanya 6 kes membabitkan dua warganegara dan empat bukan warganegara.

Manakala jumlah kes sembuh pada hari ini sebanyak 2,554 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 132,706 kes (75.3 %).