Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mayat gadis Orang Asli dibawa keluar untuk bedah siasat kedua

Mayat gadis Orang Asli dibawa keluar untuk bedah siasat kedua

BernamaJune 14, 2019 3:00 pm




Mayat Puja Anak Perempuan Joh, gadis Orang Asli suku Batek Kuala Koh yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru akan dibawa ke hospital untuk bedah siasat kali kedua.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata proses membawa keluar mayat gadis berusia 20-an itu mengikut adat resam penduduk di kawasan itu.

“Lokasi persemadian Puja sudah ditemui, juga berada di atas pelantar pada pokok. Mayat akan dihantar ke hospital untuk ujian lanjut,” katanya kepada media di Dewan Felda Aring 10, di sini.

Puja adalah mangsa kedua yang sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru atau pneumonia pada 6 Jun lepas.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninjau dan mendengar taklimat tertutup di Pusat Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di dewan sama.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Mengulas perkembangan hari ketiga Ops Batek hari ini, Hasanuddin berkata hasil maklumat awal, pasukan pencarian sudah mengenal pasti lokasi empat mayat terakhir.

Hasil maklumat Orang Asli di kawasan itu, beliau berkata lokasi dua mayat berada di seberang sebatang sungai, manakala dua lagi lebih jauh di pedalaman hutan.

Hasanuddin berkata polis juga bersedia melanjutkan tempoh operasi jika terdapat kemungkinan bilangan mayat melebihi 12 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Statistik jumlah pesakit yang dipaparkan di Pusat Media di sini menunjukkan seramai 103 Orang Asli telah menerima rawatan sehingga semalam membabitkan 56 pesakit luar, 42 ditempatkan di wad biasa dan lima di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gua Musang, Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production