Mayat lelaki dipercayai dibunuh dijumpai di belakang kuil

Mayat lelaki dipercayai dibunuh dijumpai di belakang kuil

Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang sebuah kuil di Bandar Baru Kundang, Rawang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai mayat mangsa berusia 39 tahun tanpa pakaian itu pada pukul 2 petang.

“Hasil siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan pada pergelangan kaki dan tangan kanan selain di bahagian muka mangsa. Kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh 12 jam sebelum mayat ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

TAGS