Malaysia Dateline

Maybank IB kekalkan saranan “neutral” bagi sektor perbankan

Maybank Investment Bank Research mengekalkan saranan “neutral” bagi sektor perbankan tetapi meningkatkan unjurannya bagi pertumbuhan pinjaman kepada 5.1 peratus bagi 2019 daripada 4.9 peratus sebelum ini.

Ia turut membuat semakan semula terhadap unjuran trend meningkat pertumbuhan pinjman bagi 2018 kepada 5.6 peratus berbanding 5.3 peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Bagaimanapun, ia mengambil perhatian trend permohonan pinjaman mencadangkan pertumbuhan pinjaman lebih perlahan pada 2019 manakala pertumbuhan suram akaun semasa dan akaun simpanan CASA mencadangkan akan memberi tekanan terhadap margin faedah bersih.

Walaupun mengekalkan sararan “neutral” bagi sektor itu, firma penyelidikan itu mengesyorkan saranan “beli” kepada CIMB, BIMB, AMMB, Alliance Bank dan HLFG.

“Bagi asas tahunan, pertumbuhan industri pinjaman adalah 5.5 peratus pada November 2018 (5.4 peratus pada Oktober 2018), diterajui oleh pertumbuhan pinjaman isirumah (HH) sebanyak 5.5 peratus dan pertumbuhan pinjaman tahunan bukan HH sebanyak 5.3 peratus,” katanya dalam nota hari ini.

Maybank Investment juga berkata permohonan pinjaman jatuh sebanyak 24 peratus, tahun ke tahun, pada  November 2018, dan 6.1 peratus, tahun ke tahun, pada asas pergerakan purata tiga bulan (3M MA).

Bagi masa pergerakan tiga bulan, permohonan kontrak pinjaman gadai janji adalah 2.3 peratus pada November 2018 manakala permohonan pinjaman kenderaan susut 21.9 peratus, tahun ke tahun, pada November 2018.

Permohonan pinjaman hartanah bukan kediaman meningkat pada kadar lebih perlahan pada empat peratus, tahun ke tahun, pada November 2018 berbanding 10.2 peratus pada Oktober 2018.

Sementara itu, kontrak permohonan pinjaman modal kerja meningkat 16.5 peratus, tahun ke tahun, pada November 2018 berbanding 7.1 peratus pada Oktober 2018, dengan kontrak bagi empat bulan berturut-turut.

Katanya pertumbuhan CASA terus menjejaki keseluruhan pertumbuhan deposit bagi enam bulan berturut-turut tetapi agak lebih pantas pada 3.2 peratus, tahun ke tahun, pada November 2018 berbanding 2.5 peratus pada Oktober.

“Implikasi di sini adalah persaingan desposit kemungkinan akan berlaku dan margin faedah bersih akan terus berdepan tekanan,” kata Maybank IB.

Sementara itu, Kenanga Research turut mengekalkan saranan “neutral” kepada sektor perbankan dengan bersandarkan  potensi jumlah pulangan dalam dunia perbankan yang masih kekal enam peratus.

Firma penyelidikan itu turut mengambil perhatian bahawa permohonan pinjaman dan kelulusan memberi petunjuk agak perlahan berikutan ketidaktentuan dan turun naik masih berterusan dalam sektor itu.

Katanya disebalik sentimen lemah secara keseluruhannya, perniagaan pinjaman terus semakin meningkat tetapi pinjaman isirumah kian berkurangan.

“Bagaimanapun, kami turut membuat saranan “prestasi lebih baik” bagi beberapa bank termasuk  AFFIN, Alliance Bank, BIMB, CIMB, MBSB, dan RHB Bank,” katanya.

— BERNAMA