‘Mazhab pintu belakang’ hanya jatuhkan PH bukan pulihkan negara

‘Mazhab pintu belakang’ hanya jatuhkan PH bukan pulihkan negara

Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyifatkan ‘mazhab pintu belakang’ merujuk pada Perikatan Nasional (PN) bukan untuk memulihkan negara.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar itu, PN mencipta gelaran ‘khadam dan barua DAP’ hanya untuk mengaburi pencapaian PH.

“‘Khadam dan barua DAP’ hanya nama yang dicipta mazhab pintu belakang untuk ‘menutup’ maklumat sebenar kejayaan PH memulihkan negara dengan dasar reformasi institusi yang berkesan.

“Menjatuhkan PH adalah motivasi mereka bukan untuk pulihkan negara!” tegasnya dalam ciapan di Twitter.

PN terdiri daripada Umno, Pas bersama kem Bersatu dan PKR yang masing-masing diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Susulan pengumuman Muhyiddin tentang keputusan Bersatu keluar daripada PH, PN menumbangkan PH di Johor dan Melaka.

Mengulas lanjut tentang PN sebagai ‘kerajaan pintu belakang’, Mujahid mempersoal hala tuju gabungan parti itu yang kononnya atas nama Melayu.

“Apa diharap kepada kerajaan pintu belakang, tanpa manifesto, tanpa persetujuan perjuangan. Tidur satu bantal mimpi lain-lain. Untuk Melayu konon,” tempelaknya.