Mazlan Aliman dibebaskan jam 12 tengah hari tadi

Mazlan Aliman dibebaskan jam 12 tengah hari tadi

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang ditahan sejak Khamis 21 Mac lalu dibebaskan di Balai Polis Jinjang pada pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut peguam beliau, Wan Anwar Wan Ibrahim, Mazlan sepatutnya ditahan reman sehingga esok (25 Mac) tetapi memandangkan soal siasat telah berjaya dilakukan dengan segera oleh pihak berkuasa maka beliau telah boleh dibebaskan hari ini.

Kata beliau, Mazlan disiasat di bawah Akta 500 Kanun Keseksaan, atas dakwaan menyebarkan fitnah berunsurkan jenayah, serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atas kesalahan menyalahgunakan media elektronik menyebarkan perkara-perkara tidak benar.

Tetapi hari ini selepas dibebaskan, kita dimaklumkan bahawa Mazlan dikatakan turut ditahan Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung ceramah yang diadakan tanpa terlebih dahulu memberikan notis kepada pihak berkuasa, kata beliau kepada Malaysia Dateline.

Untuk selanjutnya, pihak kami (peguam) akan menunggu tindakan sama ada pertuduhan dibuat ke atas Mazlan atau sebaliknya selepas ini, katanya.

Jika terdapat pertuduhan, Biro Undang-undang AMANAH (Kanun) akan menyediakan peguam untuk membela Mazlan, jelas Wan Anwar.

 

3.5
OVERALL SCORE
1 user vote x 7.0