Mazlan Bujang dilantik  Pengerusi Bersatu Johor
Mazlan Bujang

Mazlan Bujang dilantik Pengerusi Bersatu Johor

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor, Mazlan Bujang, dinamakan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang baharu.

Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa surat pelantikan telah diberikan kepada Mazlan.

“Saya fikir beliau sudah diberi surat,” kata Perdana Menteri ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Buat masa ini, jawatan Pengerusi Bersatu Johor disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Menteri Besar Johor yang baharu Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Setiausaha.