Maznah Hamid meninggal dunia selepas kritikal di IJN

Maznah Hamid meninggal dunia selepas kritikal di IJN

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.10 petang tadi selepas berada dalam kritikal selama lima hari.

Menurut suaminya, Datuk Shaheen Mirza Habib, isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, Maznah berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung pada 29 September lalu.

Maznah,62, yang terkenal dengan gelaran Iron Lady sebelum ini dilaporkan stabil selepas selesai menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

Menurut pembantu peribadinya seperti dilaporkan BH Online, jenazah Allahyarham akan di bawa pulang ke rumahnya di Ukay Heights, Ampang, Selangor pada jam 10 malam ini.

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan , Taman Tun Abdul Razak, Ampang selepas solat Asar, esok (Khamis) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur.

7.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 8.0