Tular gambar kenderaan di media sosial yang dipercayai untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri di Terengganu.
Seorang pemuda menerusi Facebook mempersoal keperluan kenderaan baru sedangkan kerajaan sudah menukar kereta pada penggal lepas yang dikatakan bernilai RM235,000 sebuah.
Tambahnya dalam pembentangan bajet negeri juga tidak dinyatakan bonus buat kakitangan awam mahupun bantuan buat rakyat.
“Mereka momokkan bahawa kerajaan negeri tiada duit untuk membantu rakyat, melunaskan janji duit banjir rakyat akan tetapi mampu membeli kereta untuk mereka.
“Dalam bajet 2024 Negeri Terengganu juga TIDAK dinyatakan Bonus kakitangan awam, tiada lagi bantu untuk rakyat seperti I-FITRI, i-Belia, pencen rakyat, i-slSiswa dan beberapa bantu one-off untuk rakyat Terengganu hari ini.
“Setelah mendapat keputusan 40-0 dalam PRU dan PRN 15 lalu mereka sekolah olah inilah masanya untuk mengondol apa sahaja milik rakyat dimana dalam Dewan DUN Terengganu tiada pembangkang serta kelulusan hanya sesama mereka sendiri,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.
Memetik Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kemaman, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar mengharapkan kerajaan negeri menjelaskan isu tersebut.
Tambahnya pembelian tersebut tidak menyalahi undang-undang namun agak janggal dek kerana isu yang sedang melanda negeri itu.
Seorang pengguna Facebook lain turut mempersoal sikap kerajaan negeri yang tidak membayar gaji pemain bola, malah bantuan banjir juga tidak ditunaikan.
“Nak bayar gaji pemain, pengurusan bola pun tak ada duit, tiga bulan tertunggak tapi beli kereta ada duit pula.
“Sampaikan bantuan banjir pun tak ada duit, bayaran kepada kontraktor yang membuat pembersihan bawah bandaraya juga masih tergantung,” soalnya di media sosial.
Baca juga: Sanusi dikecam, karaoke dengan perempuan di ‘live’ TikTok sampai pukul 2 pagi