MB Johor digesa kemuka usul khas banteras rasuah

MB Johor digesa kemuka usul khas banteras rasuah

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat usul khas di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang bagi mengisytiharkan rasuah sebagai musuh nombor satu negeri berkenaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat usul khas di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang bagi mengisytiharkan rasuah sebagai musuh nombor satu negeri berkenaan.

Kit Siang berkata, usul itu harus disertakan dengan langkah-langkah yang akan diambil kerajaan Johor bagi menangani skandal rasuah hartanah yang menggemparkan negeri itu baru-baru ini.

“Khaled harus ingat bahawa Johor telah melahirkan dua pemimpin tegar penentang amalan rasuah dalam sejarah negara – yang pertama adalah Presiden Umno yang ketiga, Datuk Onn Jaafar dan anaknya, Tun Hussein Onn.

“Adalah menyedihkan bagi negeri Johor, yang mana telah melahirkan dua tokoh penting sebegitu, jika ia akhirnya menjadi negeri kleptokrasi seperti Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian mengulas keengganan Khaled untuk melakukan siasatan dalaman berhubung kes skandal rasuah hartanah yang melibatkan anak kepada pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan Johor yang telah ditahan pihak berkuasa Sabtu lalu.

Jumaat lepas, enam individu berusia antara 25 dan 50 tahun diberkas SPRM di beberapa lokasi di Johor Bahru, terdiri daripada anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang awam.

SPRM berkata kesemua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di Johor.

Selain tangkapan, turut dirampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen. Sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan jumlah kira-kira RM15.5 juta turut dibekukan.

TAGS