Malaysia Dateline

MB Kedah melepak berlatarkan lambang Pas langgar SOP, gagal pakai pelitup muka

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor buat sekian kalinya dilihat melanggari prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 termasuk tidak mengenakan pelitup muka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkenaan bersama kira-kira tujuh individu lain juga menikmati pelbagai juadah menu kampung semalam.

Sanusi awalnya turut berkongsikan gambarnya duduk bersila bersama sekurang-kurangnya empat individu lain dengan berlatarbelakangkan kain rentang berupa bendera Pas.

Namun, gambar itu hari ini didapati telah dipadam.

“Tak tahu nak kata apa. Sedap, nyaman, tenang… Tak boleh beli kalau ada duit seguni pun…

“Kita mungkin boleh cari dan beli hiburan. Tapi ketenangan dan kebahagiaan tu Allah yang bagi,” kata satu-satunya Menteri Besar yang terjebak bermain dua aplikasi Facebook itu lagi.

Sanusi pada 5 Oktober tahun lalu juga dikesan gagal memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak satu meter semasa tinjauannya di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda.

Dia yang mengakui seronok dengan aktivitinya di kawasan yang semakin luas digondolkan akibat pembalakan dilihat berada bersama kira-kira 10 individu lain.

 

LANJUT MENYUSUL