Selepas Terengganu, MB Kelantan pula kunjungi Tun Dr Mahathir

Tidak diketahui apa tujuan kunjungan ini, namun adalah dipercayai ada kaitan dengan royalti minyak untuk negeri pantai timur itu.

Selepas Menteri Besar Terengganu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub bersama timbalan dan exconya pula mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Facebook Dr Mahathir memuatnaik tiga keping gambar kunjungan mereka hari ini.

Turut mengiringi Ahmad adalah timbalannya Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang sebelum ini banyak membuat kenyataan menyerang pribadi Dr Mahathir terutama semasa kempen PRU 14 dan sebelumnya.

Tidak diketahui apa tujuan kunjungan ini, namun adalah dipercayai ada kaitan dengan royalti minyak untuk negeri pantai timur itu sebagaimana dijanjikan Pakatan Harapan sempena kempen pilihan raya umum lalu.

Dalam PRU 14 lalu, PH berjanji akan memberikan royalti minyak 20% untuk Kelantan jika berjaya mentadbir Kelantan dan Pusat.

Dalam wawancara dengan media sebelum ini, Dr Mahathir pernah berkata kerajaan pusat akan memberikan royalti minak untuk Kelantan namun tidak dinyatakan jumlahnya.

Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa mencadangkan agar 5% royalti diberikan terus ke dalam akaun kerajaan negeri.

7.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 4.0
CATEGORIES
TAGS