MB akui gagal tangani isu bauksit dengan memuaskan

MB akui gagal tangani isu bauksit dengan memuaskan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob  mendedahkan, kerajaan negeri di bawah pentabirannya  gagal dalam menangani isu berkaitan bauksit dengan memuaskan.

“Saya tidak ingin menyalahkan sesiapa , tetapi hakikatnya semua agensi penguatkuasaan,adalah di bawah bidang kuasa persekutuan kecuali Pejabat Tanah dan Galian,” ujar beliau dalam satu temubual eksklusif New Straits Times.

Adnan dipetik berkata, beliau memainkan peranannya sebagai MB dengan menghubungi pihak yang berkepentingan untuk menyelesaikan isu itu dan pada satu ketika walaupun dakwanya pernah menjerit kepada syarikat pengangkutan dalam mesyuarat dan mengugut pihak yang berkepentingan.

Bagaimanapun, beliau mengakui masalahnya  “besar”.

“Tidak pernah ada satu masa dalam mesyuarat exco kerajaan negeri saya tidak membincangkan isu ini. Saya juga menyatakan dengan jelas bahawa bauksit akan menjadi masalah besar bagi negeri ini dan ia adalah benar, “katanya kepada NST.

Adnan juga berkata, beliau tidak mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan pada mulanya kerana mahu menyelesaikan isu itu sendiri mengikut kemampuan kerajaan negeri.

“Saya tidak melihat ia penting bagi saya untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan persekutuan. Kerajaan negeri cuba untuk menangani isu ini sendiri tetapi ia gagal. “

Beliau kemudiannya berkata bahawa jika negeri itu mempunyai kawalan ke atas sektor ini, seperti di Australia, Pahang tidak akan menghadapi masalah ini.

TAGS