MB Pahang angkuh bila tuduh pembangkang politikkan isu

 

Pemimpin pembangkang menyangkal tuduhan seorang pemimpin Umno yang menyatakan pemimpin pakatan pembangkang hanya sekadar membangkang usaha kerajaan dan mempolitikkan isu semata-mata.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin HassanPemimpin pembangkang menyangkal tuduhan seorang pemimpin Umno yang menyatakan pemimpin pakatan pembangkang hanya sekadar membangkang usaha kerajaan dan mempolitikkan isu semata-mata.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan yang dihubungi Malaysia Dateline, menyatakan tuduhan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu bersifat angkuh.

“Itu kenyataan angkuh dan beliau gagal memahami apa itu demokrasi matang.

“Kewujuan pembangkang adalah manifestasi dari sistem demokrasi dan mencetuskan ‘check and balance’ terhadap parti yang memerintah.

“Isu-isu yang dibangkitkan pembangkang di negeri ini adalah isu yang hasilnya dari tindakan manusia yang perlu ditangani.

“Isu bauksit sebagai contoh, kalau pembangkang tak bangkitkan isu ini, agaknya apa MB nak buat?” soal Ketua Penerangan PAS itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang itu menyebut sesetengah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen yang tulen, mereka membangkang dalam keadaan yang sesuai selain ia disusuli dengan hujah-hujah yang tertentu.

Dalam demokrasi berparlimen kata Adnan, pembangkang mempunyai tugas tertentu iaitu membangkang untuk kebaikan negara, kebaikan sistem dan sebagainya.

“Tapi di Malaysia dari dulu sampai sekarang pembangkang hanya membangkitkan isu semata-mata untuk membangkang dan semua perkara dipolitikkan,” ujar Adnan.

Bagi Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, peranan pembangkang ialah untuk menjelaskan segala salah laku kerajaan dalam konteks tadbir urus dan akauntabiliti.

“Pada kami, wakil rakyat pembangkang itulah ‘good governance and accountability’. Jika apa yang kami buat ini dianggap mempolitikkan isu, maka kesianlah warga Pahang mempunyai seorang MB yang berfikiran jauh ketinggalan begitu.

“Patutlah dasar seperti bauksit yang jelas mencemarkan alam sekitar di benarkan di Kuantan.

“Sebab dia (Adnan) tak faham apa maksud tadbir urus dan akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita guna pakai di negara ini,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah SallehNaib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata, dana sejumlah RM2.6 bilion itu terlalu banyak untuk mengendalikan sebuah pilihan raya.

“Itu bermaksud untuk satu kawasan parlimen saja hanya RM11.7 juta digunakan. Jadi duit itu jelas digunakan untuk politik wang. Ini yang salah,” terangnya.

Adnan juga menyebut berkaitan dana RM2.6 bilion, 1MDB dan GST sudahpun dijawab oleh Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

“Yang penting kita buat kerja kita kerana apa yang kita lakukan sebelum ini adalah baik. Kerja kita membantu rakyat dan kerja pembangkang adalah membangkang jadi jangan samakan kerana ia merupakan dua tugas berbeza,” ujarnya sebagaimana dipetik dari portal  parti Umno itu semalam.

TAGS