Malaysia Dateline

MB Perlis jadi menteri besar pertama jumpa PM Anwar

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertemuan itu bagi membincangkan isu berkaitan aspek pembangunan dan kemakmuran negeri Perlis.

“Semoga kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat,” kata Anwar.

Sementara itu, Mohd Shukri dalam reaksinya memberitahu Perdana Menteri banyak memberi sokongan berkenaan projek pembangunan di Perlis.

“Pertemuan baikā€¦ Alhamdulillah, banyak sokongan daripada Perdana Menteri,” ujarnya.

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata beliau akan ke Kementerian Kewangan hari ini bagi meneliti perkara berkaitan kelulusan projek secara rundingan terus.

Baca juga Steven Sim bantu peniaga langsaikan hutang rumah sewa yang tertunggak 6 bulan, bertekad bantu kewangan rakyat

Baca juga Hilang ibu bapa dalam kemalangan, sayu lihat kanak-kanak minta opah jagakan dia dan adik