Tiba giliran MB Selangor dihalang masuki Sarawak

Tiba giliran MB Selangor dihalang masuki Sarawak

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dihalang daripada memasuki Sarawak pagi ini.

Pesawat yang membawa Azmin mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching pada jam 10 pagi dan beliau diiringi untuk menaiki pesawat berikutnya ke Kuala Lumpur pada jam 10.36 pagi, lapor The Borneo Post.

Ini kali pertama Azmin dihalang memasuki Sarawak selepas hadir dalam beberapa siri kempen pilihan raya bagi membantu calon PKR di negeri itu.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang khususnya Pakatan Harapan dan aktivis NGO dihalang daripada memasuki negeri itu mulai Mac lalu ketika Sarawak bersiap menghadapi pilihan raya negeri yang dijadualkan esok.

TAGS