Malaysia Dateline

MB Selangor lawat lokasi tanah runtuh di Kampung Sungai Pusu

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melawat lokasi kejadian tanah runtuh melibatkan rumah seorang penduduk di Kampung Sungai Pusu yang berlaku tengah malam tadi.

Kejadian di Lorong Datuk Jamek melibatkan rumah di lereng bukit itu berlaku selepas hujan berterusan beberapa hari.

Walau bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.