Kerajaan Selangor bersetuju memberikan cuti umum pada 18 November, iaitu sehari sebelum hari pengundian untuk membolehkan rakyat dari negeri lain yang bekerja di Selangor, pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di Malaysia iaitu seramai 3.67 juta selain terdapat juga mereka yang bekerja dan bermastautin di negeri itu.
Menurutnya, cuti umum ini terpakai kepada sektor awam dan swasta di Selangor.
Amirudin pada masa turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 18 November sebagai hari kelepasan am negara bagi memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi pada 19 November.
“Kerajaan negeri mempunyai kuasa mengisytiharkan hari pelepasan am berdasarkan Akta Hari Kelepasan 1961 (Akta 369).
“Pewartaan mengenainya akan dibuat pada Rabu depan selepas kita meluluskan dari segi undang-undang,” katanya pada sidang media hari ini.

Baca juga: Dua kabel USB tersimpul dalam kemaluan, lelaki tahan sakit lepas cuba ukur zakar dari bahagian dalam