MB Selangor turun ke buka puasa, grand finale sokong calon Amanah

MB Selangor turun ke buka puasa, grand finale sokong calon Amanah

Beberapa jam sebelum hari mengundi esok, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali meningkatkan kempennya untuk calon Amanah di Sungai Besar dengan dua majlis besar iaitu berbuka puasa dengan pejawat awam dan ceramah Grand Finale di pentas Tonggak 10.

Di kedua-dua program ini, orang ramai penuh sesak mendengar ucapan timbalan presiden PKR itu yang antara lain mengajak orang ramai mengundi calon Amanah, Azhar Abdul Shukur  dalam pilihan raya esok.

Azmin berucap ceramah Grand Finale yang diadakan di pentas Tonggak 10, Sungai Besar.Ini adalah pusingan ketiga Azmin turun membantu calon Amanah selepas hari pernamaan calon dan Iftar Perdana bersama calon Amanah sebelum ini.

Turut serta memerhatikan Azmin meminta sokongan untuk calon Amanah adalah calon Pas, Dr Rani Othman.

Dalam majlis berbuka puasa dengan pejawat awam di Masjid Ma’muniah di Simpang Lima, Sungai Besar, khemah yang disediakan untuk majlis itu penuh sesak.

Begitu juga dalam ceramah Grand Finale di pentas Tonggak 10 yang terletak di pekan Sungai Besar, orang ramai penuh sesak hingga merapat ke pentas.   Turut berucap selain calon Amanah, Azhar Abdul Shukur adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub dan juga bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Muhamad Taib.

COMMENTS

Wordpress (0)