MB terbang ke Timur Tengah ketika desas-desus Adun lompat bertiup

MB terbang ke Timur Tengah ketika desas-desus Adun lompat bertiup

Desas desus tentang perubahan politik yang bakal berlaku di Selangor ekoran keputusan muktamar Pas memutuskan hubungan dengan PKR tidak begitu diendahkan pemimpin kerajaan negeri itu.

Malah Isnin lalu menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmi Ali mengetuai delegasi kerajaan negeri melawat pelajar-pelajar Selangor yang menuntut di Timur Tengah untuk berdialog dan menyampaikan bantuan pengajian.

Negara yang dilawati adalah Jordan dan Mesir.

Turut sama dalam delegasi tersebut ialah tiga Exco kerajaan negeri iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas), Dr Daroyah Alwi (PKR) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR).

Dr Ahmad Yunus menyandang portfolio Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Daroyah (Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga) manakala Nik Nazmi (Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi seta Inovasi).

Dr Daroyah ialah antara enam Adun yang kononnya terlibat dalam pembentukan kerajaan baru di Selangor manakala Dr Ahmad Yunus termasuk dalam senarai Adun Pas yang didakwa akan melompat parti.

Kehadiran dua Exco itu dalam rombongan Azmin membuktikan desas-desus yang tersebar di media sosial berhubung pentadbiran negeri Selangor adalah tidak berasas.

Azmin dan tiga Exco kerajaan negeri dari Pas dan PKR dalam majlis bertemu pelajar di Jordan.Semalam Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor Borhan Aman Shah mengeluarkan notis agar anggota PKR di semua peringkat hadir ke KLIA untuk menyambut kepulangan Azmin.

“YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan delegasi Kerajaan Negeri ke Timur Tengah akan tiba di Lapangan Terbang KLIA pada hari Jumaat, 5 Mei 2017, jam 2.45 petang.

“Diminta semua anggota Cabang, AMK, Wanita untuk bersama-sama menyambut ketibaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan berkumpul di hadapan pintu VVIP Lounge, Level 5 (Balai Perlepasan) KLIA pada jam 2.45 petang.

“Bagi anggota yang beragama Islam dicadangkan untuk Solat Jumaat di Masjid KLIA dan bergerak terus ke KLIA selepas solat,” notis ringkas itu dipetik.

COMMENTS

Wordpress (0)