MB Terengganu ziarah Presiden PAS di IJN

MB Terengganu ziarah Presiden PAS di IJN

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur terus dikunjungi para pemimpin Umno.

Rabu lalu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menziarahi pemimpin PAS itu yang ceria menerima kunjungan beliau.

Turut hadir, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Shamsuri Ahmad.

Ahmad Razif pernah menawarkan Abdul Hadi sebagai penasihat Kerajaan Negeri Terengganu.

Sebelum ini Abdul Hadi turut menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

TAGS