Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
MB yakin PH akan terus kekal di Negeri Sembilan

MB yakin PH akan terus kekal di Negeri Sembilan

BernamaMarch 3, 2020 5:31 pm




Susulan tumbangnya kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) pada 24 Feb lepas dan disusuli jajaran politik baharu di peringkat kerajaan negeri di beberapa buah negeri seperti Johor, Perak dan Melaka, kerajaan PH Negeri Sembilan yakin tidak goyah.

Menurut Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan yang dibentuk selepas diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, amat mengharapkan kesetiaan dalam kalangan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terhadap pakatan itu.

“Saya yakin PH di Negeri Sembilan tidak akan tumbang, seperti yang berlaku di beberapa buah negeri yang lain.

“Saya masih yakin 100 peratus dengan rakan-rakan yang punyai integriti yang tinggi dan semangat setia kawan yang baik,” kata Menteri Besar kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, yang disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir di sini, hari ini.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dan ketika ini komposisi di Dun ialah 20 kerusi dikuasai PH manakala baki 16 kerusi dimiliki Barisan Nasional (BN).

Kesemua 20 kerusi berkenaan merangkumi 11 kerusi milik DAP, PKR (6) dan Amanah (3) dan baki 16 kerusi adalah milik BN dengan 15 daripadanya dikuasai Umno manakala MIC, satu. — Bernama

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production