MBPJ lancar pejabat bergerak

Maria Chin Abdullah merasmikan pejabat bergerak MBPJ.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan pejabat bergerak bagi memudahkan urusan penduduk di sekitar kawasan tersebut berurusan dengan mereka.

Ahli Majlis MBPJ Zon 17, Ahmad Akhir Pawan Chik berkata, ianya bukan sahaja akan beroperasi sebagai sebuah pusat khidmat tetapi merupakan sesuatu tempat di mana penduduk dapat mendapatkan maklumat dan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan pusat dan juga negeri yang sedia ada.

“Di samping itu, sukarelawan di bawah pejabat saya telah bekerja ke arah melaksanakan initiatif-initiatif yang akan membawa kepada perubahan secara menyeluruh untuk semua rakyat.

“Mereka akan turut serta melaksanakan aktiviti mereka selari dengan Pejabat Bergerak ini.

Ahmad Akhir Pawan Chik

“Melalui program-program di bawah pejabat saya termasuklah program kesihatan, pengangkutan, perumahan, pemerkasaan wanita dan belia dan juga alam sekitar.

“Kita akan cuba mencari solusi kepada masalah sosial yang memberi kesan kepada penduduk di PJ,” katanya semasa perasmian pejabat bergerak itu di sini hari ini.

Jelasnya, terdapat juga program kesihatan, masalah rakyat tentang isu pengangkutan dan isu pemerkasaan golongan wanita dan juga belia turut menjadi perhatian.

“Dengan adanya Pejabat Bergerak ini kita akan cuba menolong penduduk untuk mengetahui lebih tentang program-program kemasyarakatan lain yang dikendalikan oleh di peringkat kerajaan pusat dan negeri,” ujarnya.

Menurut Ahmad Akhir lagi, beliau berharap Pejabat Bergerak ini juga akan berfungsi sebagai satu medium penduduk di Petaling Jaya supaya dapat mengemukakan isu-isu penting ke Parlimen kelak.

Turut hadir dalam majlis pelancaran berkenaan ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES