MCA dakwa ‘politik kotor’ DAP jejaskan sokongan terhadap Amanah

MCA dakwa ‘politik kotor’ DAP jejaskan sokongan terhadap Amanah

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon membidas sikap DAP yang bermain ‘politik kotor’ bagi memprovokasi BN dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) Sungai Besar.

Beliau menyakini permainan politik kotor ini juga menjejaskan sokongan pengundi terhadap calon Amanah.

Chong yakin DAP akan meneruskan provokasi di Parlimen Kuala Kangsar dalam hari kempen yang berbaki ini.

“Kempen politik kotor dari DAP memang sudah dijangka BN dari awal kerana DAP suka membuat tuduhan liar kepada BN.

“Mereka sudahpun menaik papan iklan berbau perkauman baru-baru ini.

“Tiga hari lalu DAP buat tuduhan kononnya nombor telefon mereka digodam dan menghantar mesej menyeru pengundi  menyokong Pas tolak BN.

“Sedangan kita siasat nombor yang digunakan itu adalalah dari DAP sebalik  mereka dakwa  MCA yang godam.

“Bila kita keluarkan kenyataan supaya DAP memohon maaf mereka tidak berbuat demikian dengan tuduhan yang dibuat terhadap MCA. Semalam kita sudahpun buat laporan polis,” ujar beliau.

Beliau turut menuduh DAP menyembur cat, merosakkan dan menumbangkan banyak bendera BN di Sekinchan.

“Cukuplah… tiga hari lagi hari pengundian, kita tidak nampak calon Amanah ini akan menang mudah jika DAP berterusan melakukan perkara provokasi sebegini kepada pengundi Cina,” ujarnya dalam sidang media bersama calon BN Budiman Mohd Zohdi yang merasmikan Pusat Komuniti Pendidikan Budiman diadakan di Bagan, petang semalam.

Pada 9 Jun lalu, DAP mengaku memasang papan iklan berbentuk provokasi di sekitar pekan Sekinchan.

Pengakuan itu dibuat Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad.

Bagaimanapun kata Khalid, DAP bersama Pakatan Harapan tidak akan membuat permohonan maaf kepada BN atau individu tertentu berkaitan pemasangan papan iklan tersebut.

Papan-papan iklan yang mendapat bantahan keras Umno Bahagian itu kemudiannya diturunkan pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

COMMENTS

Wordpress (0)