MCA,Gerakan ada perjanjian dengan Pas tidak menentang kleptokrasi Najib

MCA,Gerakan ada perjanjian dengan Pas tidak menentang kleptokrasi Najib

Masa tinggal berbaki sehari lagi tawaran dibuat DAP kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong untuk berbincang cara membebaskan Malaysia daripada seorang kleptokrasi dunia, masih tidak mendapat respon pimpinan BN itu.

Lim Kit Siang

Masa tinggal berbaki sehari lagi tawaran dibuat DAP kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong untuk berbincang cara membebaskan Malaysia daripada seorang kleptokrasi dunia, masih tidak mendapat respon pimpinan BN itu.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam catatan diblognya hari ini berkata, dalam tempoh 72 jam yang diberikan kepada dua pimpinan BN itu sejak Rabu lalu, akan wujud satu perjanjian tidak bertulis dibuat antara MCA dan Gerakan bersama Pas.

“Akan muncul perjanjian tidak bertulis antara Liow dan Mah dengan Hadi bahawa mereka tidak akan melemparkan batu di kapal Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan tidak akan menimbulkan sebarang isu atau persoalan mengenai skandal pengubahan wang haram berbilion dolllar AS membabitkan 1MDB walaupun Malaysia dianggap sebagai sebuah negara kleptokrasi global.

“Adakah saya salah? Kita akan tahu apabila tawaran 72jam saya kepada Liow dan Mah akan tamat pada tengah hari esok!” ujarnya.

Pada Rabu Kit Siang berkata, bersedia untuk berjumpa MCA dan Gerakan bagi membincangkan untuk mengadakan kerjasama selepas menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Pas.

Beliau bersedia dalam tempoh 72 jam untuk berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong bagi membincangkan cara untuk membebaskan Malaysia daripada kleptokrasi global.

Ahli Parlimen Gelang Patah ini juga berkata, tidak ada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk semua pemimpin politik, sama ada dalam kerajaan atau pembangkang, untuk menunjukkan semangat patriotisme dan cinta mereka kepada negara ini bersatupadu dalam agenda nasionaluntuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi global.

Beliau merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low baru-baru ini yang memalukan negara, bahawa Transparency International (TI) Indeks persepsi rasuah (CPI) 2016 di Berlin semalam, yang menunjukkan bahawa Malaysia sedang menjunam ke bawah tanpa terkawal dalam persepsi negara dan antarabangsa mengenai integriti, tadbir urus yang baik dan memerangi rasuah.

“Rakyat Malaysia terkejut walaupun mereka tidak perlu terkejut bahawa Datuk Paul Low berusaha untuk “white-wash” Malaysia dalam kedua-dua kedudukan dan skor TI CPI 2016 itu.

“Low kata kejatuhan satu mata dalam skor CPI 2016 Malaysia, dari 50 daripada 100 pada tahun 2015 dan kepada 49 marginal ‘tidak penting’ sedangkan kedudukan Malaysia dalam CPI TI 2016 juga jatuh satu anak tangga dari 54 pada 2015 kepada 55 pada 2016.

“Biar saya mengingatkan Low bahawa apabila dia tinggalkan Transparency International Malaysia untuk menyertai kabinet Najib selepas PRU13, Malaysia berada pada kedudukan ke-54 dengan skor 49 daripada 100 dalam CPI TI 2012.

“Apabila Malaysia memperbaiki kedudukannya daripada 54 kepada kedudukan ke-53 dalam CPI TI 2013, rakannya di Kabinet dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala sangat gembira dan mengisytiharkan bahawa Pemandu mensasarkan Malaysia untuk berada dalam 30 teratas menjelang 2020.

“Kini Malaysia telah turun ke bawah ke tempat ke-55, dan matlamat Malaysia untuk berada dalam senarai 30 negara dalam TI CPI semakin jauh terpinggir.

“Tambahan pula, Low amat sedar komentar yang buruk dalam CPI TI mengenai masalah rasuah di Asia Pasifik dan Malaysia.

“Apabila laporan itu menyifatkan masalah rasuah di Asia Pasifik, ia juga telah menerangkan nasib Malaysia, iaitu majoriti negara-negara Asia Pasifik duduk di bahagian bawah Indeks Persepsi Rasuah 2016 yang mana 19 daripada 30 negara-negara di rantau ini diranking 40 atau kurang daripada 100,” terangnya.

Menurut Kit Siang lagi prestasi yang lemah boleh dikaitkan dengan kerajaan yang berprofil tinggi skandal rasuah, di samping isu-isu rasuah setiap hari, terus melemahkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

“Perdana Menteri Malaysia telah lama terlibat dalam skandal rasuah 1MDB dengan tidak dapat dijelaskan USD700juta dalam akaun bank peribadinya, menyumbang kepada skor suram di negara ke-49 daripada 100. Apa komen Low mengenai TICPI 2016 ini?” soalnya.

Kit Siang juga melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar  semalam yang dakwanya, telah membuat serangan tidak berasas dan tidak merujuk kepada ahli-ahli politik ketika mengulas mengenai CPI TI 2016.

“Akhbar mengatakan bahawa “Semua ahli politik rasuah, jadi memilih yang kurang rasuah” – Rakyat Malaysia diminta untuk membuat pilihan.

“Najib dan Menteri-menteri dan pemimpin BN tidak boleh tersinggung dengan kenyataan Akhbar itu tetapi pemimpin DAP dan saya amat marah dan tersinggung dengan kenyataan yang sedemikian yang tidak berasas sama sekali.

“Akhbar perlu tahu lebih baik,jika dia mempunyai apa-apa bukti rasuah ahli politik pembangkang, tunjukkan bukti tetapi tidak perlu membuat pandangan rawak tidak berasas dan menyeluruh.

“Keperluan penting bagi semua pemimpin politik untuk memberi komitmen kepada perjuangan kebangsaan untuk menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi global dan negara yang gagal dan penyangak.

“Pada tahun kelapan kepimpinan Najib (2009 – 2016) beliau telah mencatatkan kedudukan CPI TI yang lebih rendah daripada di dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Mahathir dan Tun Abdullah seperti yang ditunjukkan oleh carta CPI TI 1995 – 2016.” ujarnya.

TAGS