Kelab Veteran Umno puji Pas, kecam MCA

Kelab Veteran Umno puji Pas, kecam MCA

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kelab Veteran Umno Malaysia mengucapkan tahniah kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membentangkan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dan mengecam MCA kerana bersikap batu api.

Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata, veteran Umno memberi ingatan kepada parti-parti komponan BN supaya jangan “menggelabah” dengan pembentangan RUU Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355 oleh Presiden PAS diParlimen.

“MCA tidak sewajarnya mempolitikkan pembetangan RUU itu untuk meraih sokongan orang Cina yang bukan Islam. Sebagai rakan kongsi BN, MCA sepatutnya menjelaskan kekeliruan orang Cina yang bukan Islam terhadap RUU itu dan bukannya menjadi batu api,” katanya.

Mereka sepatutnya memahami kandungan dan maksud RUU itu sebelum membuat sebarang komen, katanya.

Lagi pun, katanya, mereka tidak ada hak untuk komen RUU itu kerana RUU itu untuk orang Islam.

Pelaksanaan RUU itu sekiranya diluluskan hanya kepada orang Islam dan bukan kepada orang bukan Islam, katanya dalam kenyataan itu.

“Veteran UMNO kesal apabila MCA dengan secara sengaja dan sedar mengaitkan UMNO dalam pembentangan RUU itu,” kata Mustapha dalam kenyataan itu.

Katanya, adalah menjadi kewajipan Ahli Dewan Rakyat Islam menyokong RUU itu demi untuk mengemaskan kuasa Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil.

Hampir kesemua parti komponen BN terkejut apabila Hadi berjaya membentangkan usul itu.

Mereka yakin ia adalah hasil kerjasama Umno kerana cadangan untuk dibacakan telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said dan disokong oleh timbalan menteri.

TAGS