MCA mahu Jamal batalkan himpunan ‘Baju Merah’

MCA mahu Jamal batalkan himpunan ‘Baju Merah’

Malaysian Chinese Association (MCA) menggesa penganjur perhimpunan ‘Baju Merah’, Datuk Jamal Mohd Yunus agar tidak menganjurkan sebarang perhimpunan ketika negara sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, akibat kelembapan ekonomi dunia, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda krisis ekonomi.

“Oleh itu, semua kaum di negara kita perlulah bekerja lebih keras untuk memastikan kedudukan ekonomi Malaysia terus berada di landasan yang kukuh,” katanya seperti yang dilaporkan China Press dipetik Sinar Harian Online.

Ka Chuan berkata demikian sebagai mengulas ‘Himpunan Baju Merah’ akan datang bakal menampilkan 40 peratus penyertaan kaum Cina sebagai reaksi balas kepada demonstrasi Bersih 5.0.

Menurut Ka Chuan, lebih kurang dua minggu lagi negara kita akan sambut Hari Kebangsaan, semua kaum sepatutnya mengamalkan semangat 1Malaysia bagi menunjukkan perpaduan di negara masih kukuh.

TAGS