MCA, MIC usah malu nyatakan pendirian mahu Lokman menang atau kalah di Sg Kandis

MCA, MIC usah malu nyatakan pendirian mahu Lokman menang atau kalah di Sg Kandis

Veteran DAP Lim Kit Siang berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berterusan memuji calon Umno-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Tetapi soal beliau, mengapakah pimpinan MCA dan MIC malu untuk mengisytiharkan sama ada mereka mahu Lokman Adam menang atau kalah dalam PRK itu?

“Dalam kempennya untuk Lokman di PRK Sungai Kandis, Najib berkata Lokman merupakan ahli politik yang berwibawa, dan juga berani.

“(Beliau) “seorang yang lantang dan berani menyuarakan pandangannya” dan “jenis orang yang diperlukan di Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menjamin demokrasi yang matang.

“Adakah pimpinan MCA dan MIC setuju dengan Najib tentang Lokman atau sanggupkah mereka menyatakan rasa tidak setuju mereka secara terbuka, atau cuma diam malu?” tulis beliau ringkas dalam blognya semalam.

Tambahnya, pemimpin MCA dan MIC dipersilakan bersuara dalam hal ini.

“Adakah anda mahu Lokman menang atau kalah dalam PRK Sungai Kandis? Untuk apa jua jawapan, sila berikan alasan,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sinis.

COMMENTS

Wordpress (0)