MCA tentang hudud tapi tak serang Pas, kata Abdul Hadi

MCA tentang hudud tapi tak serang Pas, kata Abdul Hadi

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas sedia bekerjasama dengan MCA disebabkan parti itu tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tanpa menyerang Pas.

Ia berbeza dengan tindakan DAP yang tidak bersetuju dengan hudud tetapi menyerang Pas. walaupun ketika bersama dalam gabungan Pakatan Rakyat, yang terbubar pada 2015.

“Kita akan bantu MCA di PRK Dun Balakong atas semangat setiakawan pembangkang. MCA menentang hudud dan DAP juga menentang hudud tetapi DAP tentang hudud semasa kita sama-sama dalam gabungan.

“Ketika itu kita dalam satu gagasan tetapi dia tidak mahu hormati, dia serang kita walaupun kita dalam satu pakatan. MCA pula bukan dalam satu pakatan.

“MCA memang tidak setuju tetapi dia hanya cakap tidak setuju, tidak menyerang sebagaimana dilakukan DAP, itulah bezanya,” ujarnya.

Abdul Hadi  dipetik  berkata demikian dalam sidang media di pejabat Pas Shah Alam semalam.

Hadi turut berkata dalam PRK Dun Seri Setia, Pas melihat kerjasama dengan Umno sebagai suatu perkara positif dan yakin kerjasama itu akan ditingkatkan.

Di PRK Dun Balakong, PH buat pertama kali menggunakan logonya dan menampilkan pemimpin wanita muda, Wong Siew Ki dari DAP, manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong.

Di DUN Seri Setia pula, PH meletakkan bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Halimey Abu Bakar untuk berdepan calon Pas dan beaks exco Selangor, Dr Halimah Ali.

COMMENTS

Wordpress (0)