MDPP harus pertimbang, pertahankan hak peniaga pasar Pasir Puteh

MDPP harus pertimbang, pertahankan hak peniaga pasar Pasir Puteh

Datuk Zawawi Othman

Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman mahu Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mempertimbang dan memberi peluang kepada peniaga pasar besar untuk mempertahankan hak mereka.

Beliau berkata ini kerana masih ada beberapa perkara yang mereka belum selesai terutama dalam tuntutan di mahkamah rayuan.

“Mereka bukan tak mahu pindah sebaliknya gerai yang disediakan di Pasar Siti Hajar amat sempit dan tidak sesuai untuk mereka berniaga.

“Jadi saya meminta kepada pihak MDPP menghormati hak peniaga kerana mereka sudah tidak ada sumber lain lagi untuk mencari rezeki,” katanya ketika ditemui pada program gotong royong itu.

Seramai 200 peniaga dalam pasar dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat membersihkan kawasan pasar itu.

Sementera itu Timbalan Pengurusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh, Mohd Badrul Yaacob berkata, pihaknya kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang tidak menunaikan janji mereka yang mana mereka akan menyediakan tempat yang lebih selesa kepada kami.

Peniaga bergotong-royong membersihkan kawasan pasar besar Pasir puteh.

Katanya, sebelum.ini kerajaan negeri berjanji akan membina gerai yang sama luas seperti ukuran di pasar lama, namun sebaliknya saiz gerai yang dibina di pasar baru Siti Hajar jauh kecil iaitu hanya bersaiz 3 x 5 kaki persegi berbanding 6 x 6 kaki persegi di pasar lama.

Mohd Badrul berkata, jika mereka terus berdiam diri kami peniaga tidak akan berganjak untuk tidak berpindah ke pasar baru Siti Hajar.

“Kenapa daripada keluasan saiz daripada besar menjadi lebih kecil, jika demikian bagaimana kami semua mahu menjalankan perniagaan.

“Saya memohon agar pihak berkaitan turun padang tengok dan nilai sendiri apa yang ada dan berlaku kepada kami di sini,” katanya.

Mohd Badrul berkata, sepatutnya kerajaan negeri lebih prihatin dengan nasib yang dihadapi oleh peniaga di situ memandangkan mereka seratus peratus orang Melayu yang berpendapatan cukup makan sahaja.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS