Malaysia Dateline

Media beri “kuasa” kepada ‘Top Five’ Umno?

Sejak beberapa bulan lepas saya perhatikan perkataan `Top Five’ muncul sebagai tajuk berita di media-media arus perdana.

Baca tajuk Berita Harian ini – ‘Mesyuarat Top 5 Umno bermula’ tajuk berita Berita Harian (30 September, 2022). Bahkan media Berita Harian banyak kali menggunakan tajuk berita dengan nama Top Five seperti Perjumpaan `Top Five’ Umno Sabtu ini untuk bincang tarikh PRU-15, ditangguh (14 September 2022), PRU15: PM jangka jumpa ‘top five’ Umno sebelum bajet (13, September 2022) dan ‘Top 5’ UMNO bincang cadangan bubar Parlimen’ (19 March 2022)

Dalam hubungan ini ‘Top 5’ Umno merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden iaitu Ismail Sabri, Mohamed Khaled serta Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain Utusan Malaysia (Mesyuarat Top 5 Umno capai kesepakatan, 30 September, 2022), Sinar Harian (Mesyuarat Top 5 Umno capai kesepakatan, 30 September 2022), media-media berbahasa Inggeris seperti Malaysiakini yang kritikal terhadap kerajaan menggunakan nama ‘top 5’ (Umno ‘Top 5’ convenes ahead of supreme council meeting, 30 September 2022) juga The Star (Umno top five reach consensus on GE15, but date still opaque, 30 September 2022) Malay Mail (PM Ismail Sabri attends Umno ‘top five’ meeting 30 September 2022) dan New Straits Times (Mum is the word as top Five meetin ends, 30 September).

Media beri “kuasa” kepada ‘Top Five’ Umno?

Sepanjang permerhatian terhadap tajuk berita, hanya The Malaysian Insight (Cadangan bubar Parlimen diputus bersama MT Umno kata Ismail Sabri (1 Oktober 2022) dan Malaysia Dateline (Umno mahu PRU15 diadakan tahun ini juga, PM digesa menghadap Agong tentukan tarikh, 1 Oktober 2022) dan Astro Awani (PRU15: Keputusan MKT UMNO tindakan tergesa-gesa – Penganalisis, 1 oktober 2022) yang tidak menggunakan top 5 atau top five dalam tajuk berita mereka.

Kalau sebelum ini media sekadar menggunakan Majlis Kerja Tertinggi sekarang menggunakan nama `top five’. Apa yang membuat pihak media menggunakan nama ini? Adakah perkataan MKT tidak lagi merupakan ‘a catchy word’ sebagaimana rasional bengap media bahawa bad news is good news maka tajuknya juga mesti pelik dan unik untuk menarik untuk khalayak membaca. Dalam mengejar tarikan khalayak kekadang tanpa disedari media terperangkap dalam mainan ideologi.

Seolah-olah media yang lain telah memberikan persetujuan bahawa top 5 Umno ini yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan pembubaran parlimen.

Maka khalayak atau pembaca yang tidak arif dengan celik media secara tidak sedar memperakui apa yang disebut media itu.

Oleh itu dalam perbualan dan sembang, nama top five akan terus disebut dan nama MKT akan diketepikan. Dengan itu nama dan perkataan top 5 Umno akan menjadi nama yang diulangi sama ada dalam kalangan mereka atau rakyat yang sokong atau menentang Umno secara suka rela.

Nama top 5 Umno akan mempunyai kelebihan dengan kedatangan pilihan raya ini kerana telah dipopularkan oleh media arus perdana sendiri.

Baca juga: Bubar Parlimen di musim monsoon banjir – demi kepentingan Umno atau kepentingan negara?

Baca juga: Gempa bumi gegar Sumatera Utara, dua maut, puluhan cedera dengan lebih 50 gegaran susulan