Media canggih sebar berita bohong tanda Hari Kiamat, kata Abdul Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dalam artikel panjang sarat dengan terjemahan ayat al-Quran dan Hadis Riwayat Bukhari mengaitkan “penyebar berita bohong” dengan Hari Kiamat.

“Rasulullah SAW ditunjukkan oleh Allah tentang keburukan berlaku di akhir zaman apabila meluasnya penyebar berita bohong yang menjadi tanda hampirnya bencana besar yang akan menimpa manusia dan alam seluruhnya supaya umatnya berwaspada, kerana dosa besar yang menyebabkan diseksa di alam barzakh selepas kematian dan seterusnya di alam Hari Kiamat yang lebih besar seksanya,” katanya.

Menurutnya, penyebaran berita bohong melalui pelbagai bentuk berlaku begitu mudah ekoran perkembangan teknologi maklumat.

“Kini kita menyaksikan media cangkih (canggih) langit terbuka tanpa sempadan yang dapat menyebarkan berita bohong ke seluruh pelosok dunia dengan mudah dan canggih menggunakan mulut dan hujung jari, melalui lisan dan tulisan.

“Inilah perkara akhir zaman yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W masih hidup di alam dunia.

“Menunjukkan tanda kerasulannya yang benar apabila berlakunya pada zaman kini bersama media sosial yang canggih di hujung lidah dan jari itu,” dipetik dari Harakahdaily.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS