Lapor perkara benar, kata Menteri Kesihatan kepada pengamal media

Lapor perkara benar, kata Menteri Kesihatan kepada pengamal media

Pengamal media perlu bertanggungjawab, empati dan cakna dalam penulisan berita, isu dan idea semasa berdasarkan  fakta yang sahih serta tepat dan bukan berdasarkan andaian semata-mata, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

“Walaupun pengamal media sentiasa berusaha untuk cepat mengeluarkan berita, tetapi harus pastikan apa dilaporkan adalah fakta benar,”  ujarnya pada majlis Berbuka Puasa Menteri Kesihatan Bersama pengamal media, malam tadi.

Lebih kurang 200 pengamal media hadir yang terdiri dikalangan pengurusan tertinggi syarikat penerbitan dan portal media baharu,  wartawan dan jurugambar.

Dalam majlis pertama kali diadakan meraikan pengamal media, sejak  beliau menjawat menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan, beliau menekankan keperluan setiap pengamal media mempraktikkan etika kewartawanan berasaskan nilai murni sejagat dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Ini kerana dalam era media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp masa ini, petugas media hendaklah sentiasa lebih peka dan tahu bagaimana hendak bertindak menangani isu yang tersebar dengan lebih pantas dan berhemah agar dapat menyebarkan maklumat yang betul dan benar kepada masyarakat,” ujarnya.

Ditanya mengenai keperluan kementeriannya untuk melantik seorang Timbalan Menteri, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, beliau sedang memikirkan hal berkenaan.

” Saya sedang memikirkannya. Saya rasa ada keperluan untuk melantik seorang timbalan menteri.

” Kerana banyak kerja perlu dilaksanakan oleh kementerian.” ujarnya yang berkata tidak pasti sama ada ia akan diisi oleh calon wanita atau lelaki daripada parti gabungan Pakatan Harapan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dilaporkan berkata, pelantikan seorang Timbalan Menteri akan ditentukan oleh Menteri bagaimanapun Pakatan Harapan meletakkan syarat Timbalan Menteri perlulah dilantik  wakil salah satu parti dalam gabungan Pakatan Harapan.

 

8.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 7.0