Media The Nation sindir Najib berkaitan RUU Antiberita Tidak Benar, mana penyokong PM?

Media The Nation sindir Najib berkaitan RUU Antiberita Tidak Benar, mana penyokong PM?

Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 turut mendapat liputan media asing dari negara Thailand menjadikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai subjek kepada isu penentangan pelaksanaan terhadap rang undang-undang ini oleh pihak pembangkang yang turut mengaitkan pelaksanaannya kepada golongan media massa dan artis di negara ini.

Akhbar The Nation pada 28 Mac lalu memaparkan karikatur menyerupai Najib Razak dengan berbaju kebangsaan – baju Melayu yang dikaitkan dengan beberapa skandal seperti rasuah, 1MDB dan kapal selam Scorpone  di batang hidungnya seperti dahan pokok. Najib yang sedang memegang sebatang kapak  hanya  menebang batang pen dan pensil yang digambarkan sebagai ‘kebebasan media’ dan kebebasan ‘kartunis Zunar’ yang telah pun ditakuk oleh Najib Razak.

Karikatur bertajuk ‘Malaysia’s Government Introduces Anti Fake News Bill’ itu turut mendapat perhatian dikalangan pimpinan politik pembangkang dan aktivis pro pembangkang di negara ini yang mempersoalkan kembali tujuan media asing negara itu.

Turut dipersoalkan bagaimana media pro kerajaan dan keyboard worrior Umno-BN dan NGO yang lantang menentang pendirian parti pembangkang mengenai RUU Antiberita Tidak Benar ini,  seperti Gerakan Baju  Merah  yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos  didakwa,  membisu seribu bahasa setelah dua hari penyiaran karikatur berkenaan.

Aktivis Hishamuddin Rais di dalam twitternya telah menulis dengan kata-kata kesat diawal komennya, berkata, karikatur itu adalah menghina Melayu dan kerja jahat The Nation.

“C…..P….. kau siam.Ini karton hina Melayu- hina Songkok – hina Baju Melayu – hina kain Samping Melayu-ini kerja jahat akhbar THE NATION dari Bangkok – satu penghinaan pada Najib pemimpin Melayu Islam yang warak jujur suci-sembahyang tak tinggal-p….k kau Siam.” ujarnya.

Keratan Akhbar The Nation yang memaparkan karikatur perdana menteri dan isu mengenai RUU Anti Berita Tidak Benar yang akan dilaksanakan di negara ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil di dalam twitternya dengan memuat naik keratan akhbar The Nation yang memaparkan karikatur itu turut berkata, beliau sedih melihat bagaimana perdana menteri diperkotak katikkan akhbar negara jiran.

“Sedih lihat bagaimana PM tersayang yang dicintai, yang disanjung tinggi begitu ramai rakyat diperkotak-katik diperkomik akhbar negara jiran, tetapi tidak dibela dikalangan mereka yang menyokong perdana menteri.

“Mana geng Baju Merah, geng Pemuda Gempar Gempurrrr? Mana protes? Mana saman?,” ujarnya.

Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 dibacakan kali kedua dengan cadangan pindaan pada Fasal 4 dan 5 dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Pindan itu dilakukan setelah mengambil kira cadangan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Parlimen.

Perkataan ‘diketahuinya’ dalam Fasal 4 bahagian ini dicadang untuk digantikan dengan perkataan ‘berniat jahat’ dan hukuman penjara yang diperuntukkan selama 10 tahun akan dikurangkan kepada enam tahun dengan denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

Hukuman penjara pada awalnya dicadangan 10 tahun dengan RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS