Media Umno dakwa Mahathir pura-pura masuk IJN

Media Umno dakwa Mahathir pura-pura masuk IJN

Satu blog pro Umno yang terkejut Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus menulis mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap beliau berpura-pura masuk Institut Jantung Negara (IJN).

“Mahathir mungkin berpura-pura sakit serius dan masuk Ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapat simpati rakyat ketika perbalahan politik kian besar dengan penubuhan parti beliau sendiri,” tulis Amin Yatim dalan entri terbaru Mykmu.

Mana mungkin katanya, orang berusia lebih 90 tahun lebih dan berhadapan sakit jantung yang serius di IJN boleh menulis dua hari sekali mengenai politik negara.

“Sejak masuk IJN pada 9 Ogos 2016, Mahathir telah menulis pada 10, 12 dan 14 Ogos 2016. Hebat Mahathir!,” katanya.

Mahathir Yang Pelik, Gelabah dan Berpura-pura di IJN?

Beliau pelik kerana sejak masuk IJN pada 9 Ogos 2016, Mahathir telah menulis pada 10, 12 dan 14 Ogos 2016.

“Mana mungkin orang berusia lebih 90 tahun lebih dan berhadapan sakit jantung yang serius di IJN boleh menulis dua hari sekali mengenai politik negara.

“Hebat Mahathir!,” katanya.

Dalam entri terbaru berjudul, “Campur Tangan Asing” katanya, Mahathir menulis, ” Seperti biasa Najib gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salahlaku olehnya didedah.

“Demikian pendedahan yang dibuat oleh Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan salahguna wang oleh keluarga dan kawannya dan oleh “Malaysian Official 1” yang semua tahu ialah Perdana Menteri Najib sendiri,” katanya.

Sedangkan menurutnya, Mohd Najib di luar bukan sahaja seperti biasa menghadiri program-program dalam negara, malah berada di Indonesia minggu lalu dan berhadapan dengan wartawan-wartawan asing seperti biasa.

Mungkin yang gelabah katanya ialah Mahathir sendiri.

“Jika tidak masakan beliau perlu berpura-pura sakit serius sehingga dimasukkan ke IJN.

“Jika benar beliau sakit juga, jelas beliau yang gelabah kerana ketika sakit dan dirawat pun beliau terpaksa menulis setiap dua hari menyerang Mohd Najib,” katanya.