Megat Zaharuddin dilantik Pengerusi Felda berkuatkuasa hari ini

Megat Zaharuddin dilantik Pengerusi Felda berkuatkuasa hari ini

Kerajaan melantik Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 27 Julai 2018.

Felda dalam satu kenyataan berkata, Megat Zaharuddin mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat dengan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Malayan Banking Bhd (Maybank) selama lebih tujuh tahun.

Megat Zaharuddin mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat dengan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Maybank selama lebih tujuh tahun.

Katanya, selain memiliki pengalaman luas dalam sektor minyak dan gas selama 31 tahun, beliau juga pernah menjadi Pengerusi Maxis Communications Bhd dan berkhidmat dengan Etiqa Insurance & Takaful, Lembaga Getah Malaysia, Maybank Investment Bank Bhd serta Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan di Kementerian Pendidikan.

Selain Megat Zaharuddin, Felda turut melantik tujuh ahli Lembaga Pengarah baharu (tidak termasuk Pengerusi) yang terdiri daripada tokoh profesional berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 mengikut Ordinan Kemajuan Tanah 1956 bagi pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

Antara fungsi Felda  adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

CATEGORIES
TAGS